Thursday, May 26, 2011

Rindu & Sayang Israa'

Masih terasa halus jemarimu,
Segar lagi merdu tangismu,
Nendamu ternanti khabar darimu,
tak lalu lena sebelum merenung alis matamu,

Di kala rindu mula bersulam,
Hanya layaran wajahmu ditatap mendalam,
Matamu bak kerdipan kejora malam,
Lirik senyummu penyeri segala suram,

Mengitung hari silih berganti,
Hanya kepulangan dinanti-nanti,
Rindu menyelubung di lubuk hati,
Ingin dipeluk erat dirimu nanti.


p/s: lawati blog untuk cerita israa http://sementaraa.blogspot.com/
atau click pada gambar

Wednesday, May 25, 2011

BEBASKAN MAHASISWA UNTUK MEMILIH!


Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.

Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.

Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.

Mahasiswa Bangkit

Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama, iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan mereka, dan ada juga penulis menggunakan tahun 1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.

Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati gerakan mahasiswa yang lain. Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975), dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa.

Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:

(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.

(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat.

Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik, antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.

Mahasiswa dalam PRU

PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Bacaan ahli-ahli politik kemungkinan paling awal pada bulan julai ini. Persoalan yang timbul dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti. Semua sedia maklum bahawa mahasiswa yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’ iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang. Golongan atas pagar ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Bercakap soal keberanian mahasiswa menyertai pilihan raya umum akan datang. Bagi saya bukan soal bertanding ataupun tidak, berani atau penakut. Tapi yang penting bagaimana kita boleh hadirkan atau berikan calon yang terbaik kepada masyarakat. Jika ada calon yang boleh kita sepakati kebolehannya dalam memimpin, apa salahnya kita serahkan kepada rakyat. Dan perlu diingat pemimpin bagi masyarakat bukan lagi ruang mahasiswa sahaja. Soal kuliah, soal parlimen, soal kebajikan rakyat, soal mahasiswa dan sebagainya. Mahasiswa perlu lebih matang fikirkan soal ini dan bukan bertindak dengan keberanian dan semangat semata-mata tanpa membuat persediaan yang rapi.

Golongan muda dan ‘Kuasa Ketiga’ ini kemungkinan menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mahasiswa sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahasiswa dan anak muda hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan mahasiswa ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mahasiswa adalah ‘pengundi mainoriti’, tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya nanti.

Mohd Yusof Hadhari adalah Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)

Tuesday, May 24, 2011

PERTANDINGAN NATURE PHOTOGRAPHY!!!

SESIAPA YANG BERMINAT SILA SERTAI!!! HADIAH LUMAYAN!!!
CLICK GAMBAR DI ATAS

Sunday, May 22, 2011

Bila berada di zaman Pernikahan

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni dah makin ramai yang berjangkit dengan symptom wabak TUNANG, NIKAH, DAN KAWIN. Macam satu wabak H1N1 pulak.hehehe... Dari sorang ke sorang kawan yang dah bertunang dan nikah.

Alhamdulillah, mereka yang dah siap mendirikan masjid tu dah dapat perisai dari sebahagian dari kemungkaran dan kemaksiatan. Semoga kalian semua kekal ke akhir hayat dan sentiasa mengukuhkan arash Allah. Semoga tabah menghadapi liku-liku alam kekeluargaan.

Bagi yang bujang2 lagi ni????haha... Kami menumpang kegembiraan dan barakah atas kejayaan kalian. Dalam masa sama kena la buat persediaan lebih sikit untuk masa depan. semoga kalian bertemu dengan pasangan yang sekufu dan dari golongan soleh/solehah. Aaameeen...

Selamat Pengantin Baru pada pasangan2 yang baru mendirikan rumah tangga!!! Barakallahu lakuma wa barakah...

Lagu touching untuk kalian yang telah melafazkan sakinah, telah berjanji taat setia..wassalam...

Thursday, April 14, 2011

Simpang ke-2

Masa sekolah rendah bolehlah mak tolong… kali ini tiada lagi talian hayat!!! Masalahnya timbul bila dah besar mak kita pun susah nak buat keputusan dek arus semasa yang deras mengalir bak air terjun. Bila sekolah menengah pun mama masih tolong sbenarnya. Tapi dia mula beri aku ruang untuk buat keputusan. Waktu tu lepas dapat result PMR so nak sambung untuk kemasukan form4. Punyalah happy gila dapat hidup berdikari, sebab parents pergi tunaikan haji. Dapat pegang duit sendiri selama sebulan, dapat masuk asrama (sekolah sama dengan masa form1-form3), dapat jumpa kawan hari-hari.

Tapi malangnya kegembiraan tu cuma sekejap je. Sangat-sangat terasa kehilangan dan tak tentu arah bila masa induction week form4 cikgu suruh buat pilihan sama ada nak masuk kelas pure science stream, kelas IT, atau kelas science. Masa tu duduk asrama tak tahu nak buat keputusan. Punyalah stress (padahal nak pilih kelas je..hehe) hari-hari call kakak kat kampung mintak pendapat. Kira bernasib baik sebab kakak cuti semester. Minat nak masuk pure sience, sebab ada subject fizik, kimia, n biologi. Tapi sangat minat dengan subject lukisan, yang mana tak ada dalam senarai subject pure science… Maka timbulah masalah disitu. Nak call parent, diorang ada kat tanah suci lagi. Hari-hari di asrama tu dok la risaukan tak daftar kelas lagi.

Selepas perbincangan panjang dengan kakak yang hari-hari aku call, keputusan muktamad kene juga dibuat. Ketika itu juga kakak sampaikan pesanan (she was acting like mama, and so caring..haha) dari parent, mama dan ayah akan sentiasa restu dan doakan apa pun keputusan aku waktu itu (sebak pula).. dan dia nampak minat diri aku lebih pada science stream, cuma terpaksa lupakan subject lukisan tersebut… dengan hampanya terpaksalah melepaskan subjek lukisan tu. Kadang kala kita perlu sacrifice something we loved most to gain something much better for our future. Aku memilih untuk masuk kelas pure science dan Alhamdulillah sangat sukakan science sampai kehari ini dan graduate pun dalam bidang engineering… Walaupun bidang science dan engineering ni memerlukan daya imaginasi dan pemikiran yang tinggi. Dan walaupun beberapa kali dapat grade rendah (biasa la course engine) dan rasa macam nak putus asa, tapi sangat berbaloi jika kita dapat memanfaatkan ilmu yang ada demi masa depan dengan berbakti pada masyarakat dan dunia...

Kadang-kala setibanya di persimpangan, jalan yang harus kita pilih tu lebih bersemak-samun dan berliku. Tak semestinya kita harus pergi pada jalan mudah yang mana kita meminati dan mengimpikan jalan tersebut. Tetapi jalan yang berliku itulah yang akan member satu pengajaran dan pengalaman baru untuk dijadikan bekalan masa hadapan. Biar pun perit ditusuk duri, biar pun kotor dipalit lumpur, itu cuma dugaan yang menjadikan kita lebih matang dalam perjalanan yang tidak begitu panjang di dunia ini... Begitulah juga yang bakal di tempuh dalam penceritaan lepas spm nti.. Insyaallah…

Simpang Pertama


ASSALAMUALAIKUM

The Road Not Taken, salah satu puisi inggeris yang menerangkan liku-liku jalan dan persimpangan dalam kehidupan,.Hidup penuh onak dan cabaran.. Setiap langkah kaki kita ni akan ada penghalang. Di tengah-tengah perjalanan pula ada persimpangan yang memerlukan kita untuk berhenti dan merenung jauh di celah-celah persimpangan. Yang mana satu lorongnya jalan berturap rata, manakala yang satu lagi hanya jalan berlopak berserta semak belukar melitupi hampir seluruh jalan. Namun kedua-duanya masih samar untuk menampakkan penghujung jalan tersebut. Pilihan harus dibuat, perjalanan harus diteruskan. Jalan manakah akan menjadi pilihan untuk kita melaluinya???

Begitulah diibaratkan situasi yang bakal kita hadapi dalam membuat keputusan. Jika dibangku sekolah, kebanyakan keputusan ditentukan oleh ibu bapa je kan? Tak perlu nak berfikir serabutkan kepala untuk buat keputusan. Namun bila sampai waktunya kita terpaksa akur kita bukan lagi kanak-kanak. Malah kena berfikiran matang untuk masa depan kita sendiri.

Teringat peristiwa masa sekolah rendah zaman UPSR dulu, masa tu tahun 2000. Belajar pandai-pandai pun sebab nak lawan dengan musuh ketat.hahaha.. Alhamdulillah dapat result UPSR yang bagus. Tapi malangnya tak cukup bagus untuk ke sekolah ber asrama penuh(SBP). Ape-ape pun masih bersyukur, teringin sangat nak masuk sekolah asrama, so buatlah keputusan (walaupun tau akhirnya kena ikut cakap mama juga) aku nak masuk ke sekolah menengah kebangsaan agama SMKA. Dalam masa sama aku dapat juga tawaran ke sekolah cemerlang dalam daerah Pontian ni. Inilah persimpangan pertama yang aku lalui. Dua-dua sekolah bagus, tapi hati ni lebih tertarik dengan SMKA.

Punyalah semangat nak masuk sekolah SMKA, tiba-tiba mama tak bagi. Dia suruh aku masuk sekolah cemerlang tu. Sebabnya masa sekitar tahun 2000-2003 (kalo xsilap) banyak kes buli di sekolah berasrama. Masa tu juga ada kes sampai senior belasah junior dan bogelkan sampai masuk ICU. Masa tu punyalah nak tau kenapalah mama takut sangat aku dibuli, siap aku yakinkan dia lagi aku takkan biar orang buli-buli ni. Bila tanya-tanya, masa tu form3 dah, rupanya mama tak takut pun aku kena buli, tapi dia takut aku bercampur geng buli, dan aku membuli budak-budak lain. hahaha…. Pelik-pelik jela… Tapi hati dan firasat ibu itu kan lebih tajam, dan dia lebih mengerti. Apa-apa pun aku bersyukur kerana dikurniakan mama yang sangat prihatin akan masa depan anaknya… thanks a lot ma!!! Begitu betuahnya dapat ibu yang banyak membantu menentukan jalan mana yang harus dituju ketika dipersimpangan tu..syukur….selesai simpang pertama-yang banyak dibantu menggunakan talian hayat…

Dugaan|Cabaran|Musibah|Ujian


Assalamualaikum...

Dalam kehidupan di dunia ni, sudah menjadi lumrah jika kita mendapat ujian dan cubaan. Setiap insan tak kira bangsa, pangkat, atau darjat asal namanya insan tak dapat dari masalah dan dugaan. So dah nama pun insan kita semua sama sahaja... Ape yang membezakan kita corak dan tahap akal kita untuk berfikir dan membuat keputusan. So dari situ corak masalah dan dugaan yang diturunkan-Nya pun berbeza mengikut kemampuan kita.

Setiap perjalanan kita di bumi ini ada ujian dan setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Ape yang penting kita menjalani ujian itu dengan ketabahan dan kesaabaran, buatlah keputusan terbaik demi balasan yang baik kelak. Insyaallah ape yang kita usahakan, itulah yang akan kita peroleh.

Dari sudut logik akal pula kita boleh anggap ujian ni sebagai satu benda ibarat
'seasoning@perasa@rempah ratus' yang akan membuat perjalanan kita seronok dan sedap selepas kita berjaya menharunginya. Contohnya, ramai antara kita meminati sukan-sukan ekstreme yang penuh dengan halangan dan cabaran. Antaranya macamana peminat mountain biking menempuhi halangan-halangan yang tak masuk dek akal nak turun gunung yang curam dengan basikal dan kalo boleh lagi laju lagi diorang bangga.. haiiishh... Kita orang biasa nak jalan kaki turun bukit pun dah rasa gayat... Tapi lepas dorang habis dan berjaya harungi halangan-halangan tersebut, mereka akan rasa seronok dan bangga atas kejayaan mencabar cabaran bukit tersebut. Siap nak cari bukit yang lebih mencabar lagi...

Realitinya, kita akan rasa susah sangat-sangat saat dan ketika mengharungi dugaan tu je, tapi akan jadi senyuman manis dan kenangan terindah bila kita dah berjaya melepasinya... Ape yang penting bila dugaan yang sama berulang lagi, at least kita dah ada experience dan ada jalan penyelesaian macamana nak atasi dugaan tersebut. Malah jika ada teman rapat atau kenalan yang menerima dugaan yang sama kita sedikit sebanyak dapat membantu untuk menangani masalah tersebut dengan berbekalkan pengalaman kita. Buat ape nak lokek pulak kan?? 'Sharing is caring' bak kata orang skarang... Pengalaman yang mampu membuat kita matang, umur bukan ukuran...gelak sket,HOHO!! So bersama-samalah kita membantu antara kita...

Antara cara untuk kita menghadapi musibah ini adalah dengan cara sabar dan bermuhasabah..redha akan ketentuannya... Kerana Allah maha mengetauhui mana yang terbaik bagi kita. Sentiasa berfikiran positif akan setiap musibah dan dugaan itu adalah untuk menjadikan kita insan yang lebih cemerlang dan lebih beriman..Insyaallah... Allah berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal perkara itu amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah 2:216

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." Surah al-Syura 42:30

Sekian...