Wednesday, June 22, 2011

Siapa Aku Untuk Tahu Rahsia MU? (sambungan)

Fuhh.. Penat pegi jogging, untuk turunkan berat badan.huhu.. kat mana sambungan nye tadi??..jap...OOUUHH ok..

Dengan semangat baru, aku pergi ke sinki dapur untuk buat kerja rumah, bersemangat membasuh pinggan mangkuk, pastu prepare la untuk masak tengah hari.. Siap masak semua duduk balik depan lappy ni. Tengah layan FB, tiba-tiba HP ni vibrate, nombor KL. Dalam hati ni, apelagi la si India ni nak, tak sabar2 nak bagi kerja ke? So angkat la dengan control tone suara, EhHHH... Suara si gadis (tapi bunyi melayu) nak cakap ngn eincik SIFULAN.. Aku la tu... Pastu dia pulak cakap nama company, terkejut ala2 beruk gak, terus menggigil tangan ni. Masa ni tone suara xleh nak control, terabur semua. Suara pun dah ketar2...

Kali ni company yang call adalah salah satu company Petroleum kat Malaysia. Sape yang xterkejut, selama 6 bulan menunggu panggilan macam ni xsangka company ni plak yang call, kalo sebelum ni ade pun panggilan dari mak ngn ayah je.haha... Lepas terkejut dek panggilan tu, si gadis tu pun kata minta aku ceritakan personnel background dari fone je. So aku pun dengan ketar2 yang xhabis lagi ni pun cerita. Mula2 blank xtau nak cakap ape, terus la lari masuk bilik cari file resume. Selak2 resume sambil cerita, Alhamdulillah.... Rupa2 nya dalam aku xsedar dia sibuk2 nak tanya, tu la 1st stage interview, dia kata kalo pass dia akan call untuk pergi 2nd interview.

Terus hilang akal di buatnya, tapi dalam beberapa saat je ok dah. Duduk termenung aku, ape rahsia dan rahmat yang DIA curahkan padaku??? Dalam 6 bulan aku menunggu, berkali aku ulang alik ke terengganu untuk kerja tapi gagal, sekali aku gagal interview syarikat besar, berpuluh2 resume aku hantar tanpa jawapan, terus aku membawa hati yang lara sampai ke Beijing, baru 3 hari balik dari Beijing, terus aku dapat 2 call. SUBAHANALLAH, DIA MAHA MENGETAHUI, apa yang dirahsiakan dariku, baru kini aku sedari.

Baru aku sedar bertapa sempurna aturan hidup ini dengan kuasa Allah. Dia memberi aku pengalaman dari kegagalan, Dia beri aku pengalaman untuk merantau, Dia beri aku peluang untuk melawat saudara Islamku di China. Alhamdulillah... Terbit dari lubuk hati satu ke
syukuran tak terhingga. Siapa aku untuk mengetahui rahsia Mu ya RABBI?? Kini aku akui, setiap doaku yang mana engkau tidak memakbulkannya, bukan kerana Engkau membenciku, tetapi kerana Engkau menyayangi ku dan engkau menangguhkan nya demi kebaikanku... Alhamdulillah... Aku memohon ampun jika selama ini aku hampir berputus asa dengan kehidupan ini. Engkau telah membuka mata hatiku kini...

Wassalam...

Gambar2 Saudara Islam dari Beijing

Siapa Aku Untuk Tahu Rahsia MU?

Hari ni hari bersejarah, aku dah mula fed up n give up dengan ujian melanda diri ni. Dah berpuluh tempat aku hantar resume, tapi jangan kata dapat surat tawaran kerja, call untuk pergi interview satu pun takda. Tapi aku kuatkan lagi hati ini untuk teruskan apply kerja hari ni. Pagi-pagi lepas cari durian yang semuanya bekas ditebuk dek tupai, aku balik ngan hati yang lara.

Buka FB tiba-tiba nampak iklan ni Karnival Kerjaya KEPAK di PERSADA JOHOR. Teruslah cari kawan untuk pergi nanti. Siap2 aku cek email semua, tiba2 ada call dari nombor yang tak dikenali. Terus pikir, "sape plak la nak call pakai tepon rumah ni, dah xde kredit gaknye???" pastu terus angkat... Suara perempuan ni.. "hi may i speak too si fulan", terus la dia cakap nama company dengan laju, tak paham la, laju btul dia ckp. Pastu aku pun cakap "sorry..from where??".. tup tup..dia ulang dengan perlahan..haa...baru la paham, pastu dia terus cakap melayu..haaa...kan lebih paham...hehe... '' encik ada hantar resume kat company kami, tapi resume encik xlengkap la, harap encik dapat hantarkan salinan sijil2 dari SPM semua''. Dalam hati ni ''bila masa aku hantar kat company ko ni, sumpah tak ingat la...sebat jela, dah ade org nak bagi kerja amik je''. Dalam masa sama aku sempat google nama syarikat dia. HARAM xda pun website, company ape ni??? Terus dia bagi alamat syarikat dia, aku pun salin jela... Tiba2, secretary tu ckap, ''okay wait a moment i'll transfer your line, my boss want to have a talk with you''. APA KESS ni??? Sampai boss nak cakap ngan aku ni... Pastu boss dia pun ckp melayu ala2 orang india punya style(paham2 jela yek). Dia just ulang apa yang secretary dia cakap. Aku pun ''okeh!! thank you..''

Terus la aku cek email semua, xde pun aku hantar atas nama company ni. Pelik... tiba2 tepikir yang ada member aku mintak copy resume, dia nak tolong hantarkan. Call la si minah tu, ''Minah, aritu ko hantar resume aku kat company ape?'', si Minah pun jawab dengan suara demam dia, ''jap eh, company SEKIAN SDN BHD nape?''. aku pun dengan rasa terhutang budi terus la bertrima kasih byk2 kat dia sbb tolong hantarkan. OOUUHH... terlupa nak bagi tau kerja apa, untuk pengetahuan kalian company tu dia supply man power untuk bekerja as a contract staff dalam Malaysia Airlines Subang.

Dengan semangat baru lepas dapat call, aku pun pegi ke sinki kat dapur basuh semua pinggang mangkuk, then masak.... nak tau ape jadi??tunggu next post, dah lambat nak g jogging ni... ASSALAM ALAIKUM...

Thursday, May 26, 2011

Rindu & Sayang Israa'

Masih terasa halus jemarimu,
Segar lagi merdu tangismu,
Nendamu ternanti khabar darimu,
tak lalu lena sebelum merenung alis matamu,

Di kala rindu mula bersulam,
Hanya layaran wajahmu ditatap mendalam,
Matamu bak kerdipan kejora malam,
Lirik senyummu penyeri segala suram,

Mengitung hari silih berganti,
Hanya kepulangan dinanti-nanti,
Rindu menyelubung di lubuk hati,
Ingin dipeluk erat dirimu nanti.


p/s: lawati blog untuk cerita israa http://sementaraa.blogspot.com/
atau click pada gambar

Wednesday, May 25, 2011

BEBASKAN MAHASISWA UNTUK MEMILIH!


Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.

Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.

Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.

Mahasiswa Bangkit

Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama, iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan mereka, dan ada juga penulis menggunakan tahun 1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.

Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati gerakan mahasiswa yang lain. Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975), dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa.

Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:

(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.

(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat.

Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik, antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.

Mahasiswa dalam PRU

PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Bacaan ahli-ahli politik kemungkinan paling awal pada bulan julai ini. Persoalan yang timbul dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti. Semua sedia maklum bahawa mahasiswa yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’ iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang. Golongan atas pagar ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Bercakap soal keberanian mahasiswa menyertai pilihan raya umum akan datang. Bagi saya bukan soal bertanding ataupun tidak, berani atau penakut. Tapi yang penting bagaimana kita boleh hadirkan atau berikan calon yang terbaik kepada masyarakat. Jika ada calon yang boleh kita sepakati kebolehannya dalam memimpin, apa salahnya kita serahkan kepada rakyat. Dan perlu diingat pemimpin bagi masyarakat bukan lagi ruang mahasiswa sahaja. Soal kuliah, soal parlimen, soal kebajikan rakyat, soal mahasiswa dan sebagainya. Mahasiswa perlu lebih matang fikirkan soal ini dan bukan bertindak dengan keberanian dan semangat semata-mata tanpa membuat persediaan yang rapi.

Golongan muda dan ‘Kuasa Ketiga’ ini kemungkinan menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mahasiswa sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahasiswa dan anak muda hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan mahasiswa ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mahasiswa adalah ‘pengundi mainoriti’, tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya nanti.

Mohd Yusof Hadhari adalah Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)

Tuesday, May 24, 2011

PERTANDINGAN NATURE PHOTOGRAPHY!!!

SESIAPA YANG BERMINAT SILA SERTAI!!! HADIAH LUMAYAN!!!
CLICK GAMBAR DI ATAS

Sunday, May 22, 2011

Bila berada di zaman Pernikahan

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni dah makin ramai yang berjangkit dengan symptom wabak TUNANG, NIKAH, DAN KAWIN. Macam satu wabak H1N1 pulak.hehehe... Dari sorang ke sorang kawan yang dah bertunang dan nikah.

Alhamdulillah, mereka yang dah siap mendirikan masjid tu dah dapat perisai dari sebahagian dari kemungkaran dan kemaksiatan. Semoga kalian semua kekal ke akhir hayat dan sentiasa mengukuhkan arash Allah. Semoga tabah menghadapi liku-liku alam kekeluargaan.

Bagi yang bujang2 lagi ni????haha... Kami menumpang kegembiraan dan barakah atas kejayaan kalian. Dalam masa sama kena la buat persediaan lebih sikit untuk masa depan. semoga kalian bertemu dengan pasangan yang sekufu dan dari golongan soleh/solehah. Aaameeen...

Selamat Pengantin Baru pada pasangan2 yang baru mendirikan rumah tangga!!! Barakallahu lakuma wa barakah...

Lagu touching untuk kalian yang telah melafazkan sakinah, telah berjanji taat setia..wassalam...

Thursday, April 14, 2011

Simpang ke-2

Masa sekolah rendah bolehlah mak tolong… kali ini tiada lagi talian hayat!!! Masalahnya timbul bila dah besar mak kita pun susah nak buat keputusan dek arus semasa yang deras mengalir bak air terjun. Bila sekolah menengah pun mama masih tolong sbenarnya. Tapi dia mula beri aku ruang untuk buat keputusan. Waktu tu lepas dapat result PMR so nak sambung untuk kemasukan form4. Punyalah happy gila dapat hidup berdikari, sebab parents pergi tunaikan haji. Dapat pegang duit sendiri selama sebulan, dapat masuk asrama (sekolah sama dengan masa form1-form3), dapat jumpa kawan hari-hari.

Tapi malangnya kegembiraan tu cuma sekejap je. Sangat-sangat terasa kehilangan dan tak tentu arah bila masa induction week form4 cikgu suruh buat pilihan sama ada nak masuk kelas pure science stream, kelas IT, atau kelas science. Masa tu duduk asrama tak tahu nak buat keputusan. Punyalah stress (padahal nak pilih kelas je..hehe) hari-hari call kakak kat kampung mintak pendapat. Kira bernasib baik sebab kakak cuti semester. Minat nak masuk pure sience, sebab ada subject fizik, kimia, n biologi. Tapi sangat minat dengan subject lukisan, yang mana tak ada dalam senarai subject pure science… Maka timbulah masalah disitu. Nak call parent, diorang ada kat tanah suci lagi. Hari-hari di asrama tu dok la risaukan tak daftar kelas lagi.

Selepas perbincangan panjang dengan kakak yang hari-hari aku call, keputusan muktamad kene juga dibuat. Ketika itu juga kakak sampaikan pesanan (she was acting like mama, and so caring..haha) dari parent, mama dan ayah akan sentiasa restu dan doakan apa pun keputusan aku waktu itu (sebak pula).. dan dia nampak minat diri aku lebih pada science stream, cuma terpaksa lupakan subject lukisan tersebut… dengan hampanya terpaksalah melepaskan subjek lukisan tu. Kadang kala kita perlu sacrifice something we loved most to gain something much better for our future. Aku memilih untuk masuk kelas pure science dan Alhamdulillah sangat sukakan science sampai kehari ini dan graduate pun dalam bidang engineering… Walaupun bidang science dan engineering ni memerlukan daya imaginasi dan pemikiran yang tinggi. Dan walaupun beberapa kali dapat grade rendah (biasa la course engine) dan rasa macam nak putus asa, tapi sangat berbaloi jika kita dapat memanfaatkan ilmu yang ada demi masa depan dengan berbakti pada masyarakat dan dunia...

Kadang-kala setibanya di persimpangan, jalan yang harus kita pilih tu lebih bersemak-samun dan berliku. Tak semestinya kita harus pergi pada jalan mudah yang mana kita meminati dan mengimpikan jalan tersebut. Tetapi jalan yang berliku itulah yang akan member satu pengajaran dan pengalaman baru untuk dijadikan bekalan masa hadapan. Biar pun perit ditusuk duri, biar pun kotor dipalit lumpur, itu cuma dugaan yang menjadikan kita lebih matang dalam perjalanan yang tidak begitu panjang di dunia ini... Begitulah juga yang bakal di tempuh dalam penceritaan lepas spm nti.. Insyaallah…