Thursday, April 14, 2011

Simpang ke-2

Masa sekolah rendah bolehlah mak tolong… kali ini tiada lagi talian hayat!!! Masalahnya timbul bila dah besar mak kita pun susah nak buat keputusan dek arus semasa yang deras mengalir bak air terjun. Bila sekolah menengah pun mama masih tolong sbenarnya. Tapi dia mula beri aku ruang untuk buat keputusan. Waktu tu lepas dapat result PMR so nak sambung untuk kemasukan form4. Punyalah happy gila dapat hidup berdikari, sebab parents pergi tunaikan haji. Dapat pegang duit sendiri selama sebulan, dapat masuk asrama (sekolah sama dengan masa form1-form3), dapat jumpa kawan hari-hari.

Tapi malangnya kegembiraan tu cuma sekejap je. Sangat-sangat terasa kehilangan dan tak tentu arah bila masa induction week form4 cikgu suruh buat pilihan sama ada nak masuk kelas pure science stream, kelas IT, atau kelas science. Masa tu duduk asrama tak tahu nak buat keputusan. Punyalah stress (padahal nak pilih kelas je..hehe) hari-hari call kakak kat kampung mintak pendapat. Kira bernasib baik sebab kakak cuti semester. Minat nak masuk pure sience, sebab ada subject fizik, kimia, n biologi. Tapi sangat minat dengan subject lukisan, yang mana tak ada dalam senarai subject pure science… Maka timbulah masalah disitu. Nak call parent, diorang ada kat tanah suci lagi. Hari-hari di asrama tu dok la risaukan tak daftar kelas lagi.

Selepas perbincangan panjang dengan kakak yang hari-hari aku call, keputusan muktamad kene juga dibuat. Ketika itu juga kakak sampaikan pesanan (she was acting like mama, and so caring..haha) dari parent, mama dan ayah akan sentiasa restu dan doakan apa pun keputusan aku waktu itu (sebak pula).. dan dia nampak minat diri aku lebih pada science stream, cuma terpaksa lupakan subject lukisan tersebut… dengan hampanya terpaksalah melepaskan subjek lukisan tu. Kadang kala kita perlu sacrifice something we loved most to gain something much better for our future. Aku memilih untuk masuk kelas pure science dan Alhamdulillah sangat sukakan science sampai kehari ini dan graduate pun dalam bidang engineering… Walaupun bidang science dan engineering ni memerlukan daya imaginasi dan pemikiran yang tinggi. Dan walaupun beberapa kali dapat grade rendah (biasa la course engine) dan rasa macam nak putus asa, tapi sangat berbaloi jika kita dapat memanfaatkan ilmu yang ada demi masa depan dengan berbakti pada masyarakat dan dunia...

Kadang-kala setibanya di persimpangan, jalan yang harus kita pilih tu lebih bersemak-samun dan berliku. Tak semestinya kita harus pergi pada jalan mudah yang mana kita meminati dan mengimpikan jalan tersebut. Tetapi jalan yang berliku itulah yang akan member satu pengajaran dan pengalaman baru untuk dijadikan bekalan masa hadapan. Biar pun perit ditusuk duri, biar pun kotor dipalit lumpur, itu cuma dugaan yang menjadikan kita lebih matang dalam perjalanan yang tidak begitu panjang di dunia ini... Begitulah juga yang bakal di tempuh dalam penceritaan lepas spm nti.. Insyaallah…

No comments:

Post a Comment