Wednesday, April 13, 2011

continue the journey

ASSALAMUALAIKUM...
BISMILLAH...

Dah sekian lama menyepi kerana kehabisan idea dan kesibukan yg tak menentu,
akhirnya dapat juga buka blog ni semula. Alhamdulillah sebab masih ade peluang untuk gunakan blog ni kembali. Kali ni nak tukar cara sket, cara yg lebih friendly dan santai. Bila difikirkan semula, kenapa semua idea yg dulunya ada macam cendawan tumbuh lepas hujan, tiba2 mati tengah2 jalan??

Pertama- jawapannya sebab banyak berlengah, sebab tu orang tua2 pesan jangan suka lengah2 kan kerja...lebih2 lagi kerja2 baik dan mendatangkan faedah untuk kita. Kelak kita juga yang rugi..

Kedua- sebab lupa niat asal kenapa nak sangat buka blog ni dulu2. Pada asalnya blog 'A Journey to be me!!!' ni nak dijadikan tempat bercerita dan share kisah perantau ni yg mula2 keluar dari kampung lepas spm.banyak sgt cerita untuk saudara saudari yg mungkin belum pernah n bakal menghadapi pengalaman yg bakal diceritakan. Tapi,masalahnya lupa n not stick to the point atas alasan gangguan psychology..dan sebab itu kita yang nak cemerlang dalam apa2 bidang sekalipun mesti tetap pada pendirian untuk capai goal yg kita impikan.

ketiga- gangguan rohani, psychology, dan persekitaran.. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak berombak, lumrah manusia insan dan hamba akan sentiasa diuji. Dan saya juga manusia yg tak lari dari masalah. langkah kehidupan juga agak tempang dan cacat contohnya, agak mengambil masa untuk melakukan pembersihan rohani,dan mental akibat dari kesilapan lama dan salap-silap melangkah dan membuat keputusan ketika remaja.haaa...maka masalah ni perlukan masa dan agak mengganggu bila nak menulis.so sekarang alhamdulillah lebih mengenali dan sabar dengan diri sendiri dan dapat kekuatan.

keempat-internet strymx yg mengalami kelembapan yg melampau yg mampu membuat pengguna hilang mood untuk surfing internet dan ber'facebook'.tapi bila dah berlanjutan sangat tak ada cara lain selain menggunakan juga la strymx sipoot ni...
kelima- dah tentunya sebab banyak sangat merantau, dan tak memiliki wireless broadband,so nak online je kena pergi cari McD, KFC, atau kedai2 cafe yg mempunyai hotspot/wireless.

Setelah puas memikirkan jalan terbaik untuk kembalikan blog ni, so hari ni bertarikh 14/04/11 saya akan cuba menggunakan blog ni untuk sentiasa berkongsi cerita-cerita lama yg mana bermanfaat untuk kita bersama. Kebanyakan cerita yg bakal dikongsi ni berdasarkan liku-liku kehidupan dan persimpangan yg banyak mengelirukan diri kita untuk menbuat keputusan.

Insyaallah....

No comments:

Post a Comment